Minggu Silaturahim 1/2017
Pendaftaran pelajar baru bagi sesi 1/2017 telah dilaksanakan pada 3 Januari yang lalu. Setelah selesai pendaftaran, pelajar baru perlu melalui minggu silaturahim yang bertindak sebagai pendedahan kepada pelajar mengenai kursus, peraturan, hal kerjaya dan sebagai suai kenal antara pelajar dengan tenaga pengajar serta kakitangan bukan akademik. Seperti lazimnya MSR berlangsung selama seminggu pada minggu pertama semester baru.
Majlis penutup telah dilaksanakan pada 9 Januari dengan aktiviti persembahan pelajar, penyampaian hadiah kepada kumpulan MSR dan penyerahan pelajar kepada ketua bahagian mengikut kursus. Pengambilan kali ini hanyalah untuk 3 kursus sahaja iaitu Sijil Teknologi Elektrik B01, Sijil Teknologi Percetakan (Cetak) D03 dan Sijil Teknologi Percetakan (Grafik) D01. Terima kasih diucapkan kepada AJK-AJK MSR dan pelajar-pelajar fasilitator dalam melaksanakan MSR 1/2017.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.