07 September 2020 : Perhimpunan Ringkas pelajar bagi penerangan peraturan baru berikutan pandemik covid-19 yang melanda negara. Bagi meneruskan kelansungan pengajian di ILPAPNT dalam persekitaran norma baru, beberapa peraturan baru telah diwujudkan oleh pihak ibu pejabat bagi mengekang penularan wabak covid-19 dan memutuskan rantaian sekiranya ada kakitangan atau pelajar yang menjadi kontak rapat pesakit covid-19.
Taklimat ini disampaikan oleh Timbalan Pengarah (Latihan) YM Raja Muhammed bin Raja Daud dan Pengarah institut, Tn Haji Azman bin Hj Ibrahim. Ringkasan taklimat ini antaranya, pelajar perlu mematuhi arahan dari semasa ke semasa oleh tenaga pengajar dan memastikan juga pematuhi S.O.P di asrama dan aktiviti lepas kelas. Pelajar juga adalah dilarang untuk keluar dari kawasan institut sehingga 31 Disember 2020 kecuali kes-kes kecemasan. Perhimpunan diadakan di dewan sukan dengan mematuhi S.O.P iaitu penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.