28 Julai 2020 : Perhimpunan Pengarah bersama kakitangan telah dihoskan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan bagi sesi kedua tahun 2020. Perhimpunan bulanan ini berlangsung di dalam pematuhan SOP yang telah disarankan oleh KKM dan MKN. Antara agenda perhimpunan kali ini adalah perutusan dari Ketua Pengarah JTM yang disampaikan oleh pengarah ILPAPNT, Tn Hj Azman bin Hj Ibrahim berikutan Pandemik COvid-19 yang melanda seluruh dunia, ILPAPNT turut terkesan dan terjejas dengan senario ini dan terdapat beberapa perubahan dalam menjalankan tugas-tugas masing malah dalam menjalani kehidupan seharian. Ternyata pandemik Covid-19 belum menunjukan ianya akan berakhir dalam masa terdekat ini. Pelbagai kempen dijalankan oleh pihak kerajaan bagi membendung penularan jangkitan Covid-19.
Pun begitu agensi masih perlu beroperasi bagi membantu pelajar lepasan SPM dan komuniti masyarakat setempat mengharungi cabaran bagi meneruskan kehidupan dalam pandemik covid-19. Pada perhimpunan kali ini turut disampaikan sijil penghargaan kepada kakitangan yang menyumbang tenaga, kemahiran dan masa bagi menghasilkan PPE bagi kegunaan pihak barisan hadapan (frontliners) seperti hospital, klinik, bomba dan polis. Tahniah dan terima kasih diucapkan.
Selain itu, turut disampaikan adalah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2019 kepada 6 pegawai ILPAPNT. Memandangkan kerajaan masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sebarang bentuk acara atau aktiviti majlis keraian yang lebih dari 20 dan dengan keperluan pematuhan SOP makanya tiada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang diadakan di Ibu pejabat seperti selalunya. Tahniah dan syabas diucapkan kepada mereka. Semoga dengan pengiktitrafan ini dapat diambil sebagai tanda penghargaan dan sebagai inspirasi kepada kakitangan lain dalam sentiasa memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada agensi.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.