06 Januari 2020 : Majlis Perasmian & Penutup Minggu Suai Kenal telah berlangsung bermula jam 10.00 pagi berakhir pada jam 1.00 petang. Antara aturcara majlis adalah persembahan pelajar-pelajar baru sesi 1/2020, penganugerahan Sijil Pelajar Cemerlang kepada pelajar cemerlang sesi 1/2019 dan sesi 2/2019, penyerahan sijil penghargaan kepada fasilitator minggu suai kenal, tayangan video rangkuman aktiviti sepanjang minggu suai kenal serta Gimik Perasmian Minggu Suai Kenal oleh tuan pengarah ILPAPNT, Tn Hj Azman bin Hj Ibrahim.
Pelajar turut diperkenalkan dengan kakitangan dan pengajar Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai dan disudahi dengan penyerahan pelajar kepada ketua bahagian bagi kursus yang ditawarkan sesi ini. Dengan berakhirnya minggu suai kenal, sesi pembelajaran berjalan seperti biasa bagi pelajar lama dan suasana baru bagi pelajar baru sesi 1/2020. Selamat maju jaya untuk semua.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.