18 September 2019 : Perhimpunan kakitangan bersama pengarah bagi bulan September. Perhimpunan kali ini dikendalikan oleh Unit BKKL, BPPL dan CESS. Selain perkongsian maklumat daripada Pengarah Tn Hj Azman bin Hj Ibrahim, majlis kali ini menyaksikan Anugerah Pekerja Contoh, Anugerah Pekerja Harapan, Pekerja Contoh dan Pekerja Kreatif serta Mentor Terbaik disampaikan, dan bagi tahun 2018 Anugerah Pekerja Contoh dianugerahkan kepada Puan Harisun bt Hamid, Anugerah Pekerja Harapan kepada Puan Hafizah bt Mohamad Deli, Encik Kamarudin sebagai Mentor Terbaik dan Anugerah Pekerja Kreatif milik Encik Alwary Suhaimy bin Johari. Turut disampaikan sumbangan Kelab Sukan dan Kebajikan bagi anak kakitangan yang menduduki peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM turut disampaikan hadiah harijadi kakitangan bagi bulan Jun sehingga September serta penyerahan sijil penyertaan kursus.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.