08 Ogos 2019 : Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL) telah mengadakan sesi pemilihan wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2019/2020. Pemilihan kali ini dilakukan secara undian atas talian, di mana modul ini telah wujud dalam Sistem Pengurusan Latihan (TMS) yang digunapakai dalam pengurusan latihan bagi ILJTM seluruh Malaysia. Pelajar telah memilih wakil bagi jawatan tertinggi MPP iaitu Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha dan Bendahari. Calon - calon jawatankuasa ini dikemukakan sendiri oleh ketua bahagian bagi setiap kursus.
Keputusan telah diwar-warkan kepada pelajar pada 13 Ogos 2019. Keputusan menyaksikan NURHAN SYAFIQ BIN SUHAIMI sebagai presiden, LINGESWARAN A/L GANAGARAN sebagai Timbalan Presiden, NUR SHAFIKA BINTI MAT RANI sebagai Setiausaha dan MONISHAA A/P SIVA KUMAR sebagai Bendahari. Kepada yang dilantik, anda telah diberi kepercayaan bagi mewakili suara pelajar dan diharap dapat memikul tanggungjawab dan amanah ini dengan penuh dedikasi.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.