01 Ogos 2019 : Satu Menyuarat Jawatankuasa Komuniti telah diadakan di Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai yang dianjurkan oleh unit CESS institut. Objektif mesyuarat ini adalah untuk institut berkongsi maklumat atau aktiviti yang dijalankan di institut yang boleh disertai bersama agensi kerajaan yang lain seperti sekolah, kolej vokasional serta pihak berkuasa tempatan. Selain aktiviti oleh institut, institut turut menawarkan sumbangan yang dapat institut berikan kepada ahli komuniti masyarakat setempat. satu jalinan mesra terbentuk dalam mesyuarat ini dan akan memberikan pulangan yang baik bagi pelajar dan masyarakat setempat.
Antara ahli yang hadir dalam Mensyuarat Jawatankuasa Komuniti bagi tahun 2019 adalah adalah wakil Kolej Vokasional, wakil-wakil Sekolah Menengah Kebangsaan, wakil Agensi Antidadah Kebangsaan, wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat, COMBI, wakil Pejabat Belia dan Sukan, wakil Pejabat Penerangan Daerah dan wakil Sekolah Maahad Tahfiz. Agensi-agensi yang dijemput ini adalah komuniti di sekitar Nibong Tebal.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.