20 Jun 2019 : Pembangunan Sumber Manusia Berhad dengan kerjasama Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai di bawah Jabatan Tenaga Manusia telah menganjurkan Program Industrial Visit and Business Matching (Printing & Publishing and Related Industry) bertempat di Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai pada Khamis yang lepas. Program bermula seawal jam 830 pagi dengan kehadiran pihak industri dan serta wakil PSMB. Lawatan bermula pada jam 930 pagi dengan melawat bengkel percetakan dan seterusnya taklimat dan sesi soal jawab berkaitan industri dan PSMB serta bidang yang ditawarkan Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai. Antara industri yang hadir adalah Armada Global Tech PLT, Bagan Printers SDN. BHD, Chiat Cheong SDN. BHD, Golden Frontier Packaging SDN. BHD, Chiat Hin Envelope Manufacturer SDN. BHD, J.P Printers SDN. BHD, Kheng Hwa Paper Products SDN. BHD, K Ingenious Technology SDN. BHD, Kuang Yee Image Press SDN. BHD, Osheq Management SDN. BHD, Quicksign SDN. BHD, Red Point Signcraft SDN. BHD, Percetakan Konta SDN.BHD, Ruho Corporation SDN. BHD, Team Printers SDN. BHD, Talent Corporation Berhad, dan H & H Health Scienes manakala PSMB diwakili oleh Pn Morni bt Bujang dan Pn Norlaili bt Matsah serta pengurusan tertinggi Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai. Program berakhir pada jam 1230 tengah hari.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.