29 April 2019 : Jabatan Mekanikal dan Pengeluaran telah mengadakan Graphic & Printing Creative Show bagi pelajar semester akhir Graphic Design & Diploma Printing. Potensi diri pelajar - pelajar ini telah dibuktikan dengan hasil projek akhir mereka.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada pelajar yang sentiasa berusaha dan tekun sepanjang semester. Selain pelajar Diploma, turut mengambil bahagian dalam pameran ini adalah pelajar - pelajar Teknologi Percetakan, Percetakan Grafik & Percetakan Digital.
Antara pengunjung lain yang hadir bagi meraikan hasil kerja mereka adalah pelawat dari Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Indah yang turut hadir melawat Institut dan peserta dari Program Seminar TVET di kalangan guru-guru daerah Kerian dan Wakil komuniti setempat.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.