29 April 2019 : Institut telah menganjurkan Seminar TVET di auditorium ILPAPNT yang dihadiri oleh guru-guru dari Daerah Kerian dan Komuniti Setempat Daerah Seberang Perai Selatan. Peserta diberikan taklimat berkaitan Technical and Vocational Education and Training (TEVT) atau diterjemahkan sebagai Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional yang disediakan oleh Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) dibawah Kementerian Sumber Manusia (KSM).
TVET ini menjurus kepada pendidikan teknikal disamping pendidikan secara teori dalam kadar minimum mengikut keperluan. Selain keperluan industri pada masa kini yang memerlukan pekerja yang berkemahiran tinggi, bidang perniagaan juga memerlukan produk-produk baru dalam pasaran yang dikeluarkan sendiri oleh rakyat tempatan.
Selain taklimat , peserta seminar turut dibawa melawat sekitar bengkel elektrik dan percetakan bagi melihat sendiri proses pembelajaran yang dijalankan di institut.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.