12022019 Mesyuarat Pelaksanaan Program Insiatif Meningkatkan Enrolmen Pelajar Belia India (PSMB-ILJTM) telah diadakan di Auditorium ILP Arumugam Pillai bermula jam 10.30 pagi hingga 2.30 petang. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Ketua Pengarah JTM. Turut hadir bersama ialah Pn. Suzana P.BPL, En. Mat Setia P.BPK, Pn. Wan Rafidah P.BKP, Puan Noor Hazlina (BPL) dan Wakil PSMB Kuala Lumpur yang hadir adalah Mr Lim Kah Cheng (COO PSMB), Mr. Murali A/L Muniandy dan Pn. Yusmira Ilani.
Antara peserta mesyuarat mewakili NGO yang hadir bagi program ini termasuklah YB A.Kumaresan (Adun Batu Uban), Dato' Pulavendran (Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah SJK Tamil Permatang Tinggi dan Dr. Rajasegaran Pengerusi Northen India Corridor.
Dalam sesi mesyuarat Datuk KP JTM memaklumkan bahawa YB Menteri memohon agar ILJTM menyahut cabaran untuk mendapatkan seramai 2000 orang pelajar untuk mengikuti latihan kemahiran. Oleh itu, JTM berhasrat untuk memperkenalkan kursus asas kemahiran selama 3 Bulan di mana pelajar mendapatkan sijil penyertaan, elaun bulanan rm100, penginapan dan makan minum percuma sepanjang kursus.
Pengambilan dibuka kepada 25 orang, di mana 10 tempat dikhususkan untuk belia India. Melalui kursus ini, diharap dapat membuka minda pelajar sama ada ingin meneruskan latihan kemahiran sehingga Tahap 3 mahupun bekerja. Peranan NGO juga amat dititikberatkan agar dapat mempromosi kursus-kursus di ILJTM Dan mengubah persepsi masyarakat bahawa TVET atau latihan kemahiran hanya untuk pelajar yang kurang cemerlang akademik atau yang telah gagal spm.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.