Perhimpunan staf bersama pengarah bagi bulan Disember 2018 telah dikendalikan oleh Bahagian Teknologi Percetakan (Grafik). Perhimpunan kali adalah penutup perhimpunan bagi tahun 2018. Pengarah dalam perkongsiannya berharap pengambilan yang lebih tinggi pada tahun hadapan dan peningkatan prestasi kerja warga institut. Pengarah juga turut menghargai segala kerja keras warga institut dalam memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah terbaik untuk pelanggan institut.
Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah dan sijil bagi aktiviti sepanjang Oktober sehingga Disember. Majlis berakhir dengan acara sambutan hari lahir bagi kakitangan bulan Oktober, November dan Disember.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.