ILP Arumugam Pillai Nibong Tebal dengan kerjasama TVET CoN (Jaringan Kolaborasi Rakan TVET) Pulau Pinang yang dianggotai oleh Institut Latihan Perindustrian (ILP) Arumugam Pillai Nibong Tebal, ILP Perai, ILP Kepala Batas, Institut Teknikal Malaysia-Jepun (JMTI), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bukit Mertajam (IKTBN) dan Politeknik Seberang Perai telah menganjurkan program KARNIVAL KERJAYA dan HARI TERBUKA 2018 yang telah diadakan pada 12 April 2018 bertempat di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Arumugam Pillai Nibong Tebal. Karnival kerjaya ini terbuka kepada pelajar ILKA yang sedang mencari tempat Latihan Industri, pelajar semester akhir, graduan serta orang awam. Hampir 700 org pelajar sekolah menengah sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Perak telah menghadiri program ini. Turut diadakan Pertandingan Robot antara TVET CoN.
Terdapat 13 majikan menyertai karnival ini - Ruho Corporation Sdn Bhd - Percetakan Sanwa Industries Sdn Bhd - Ban Seng Packaging Sdn Bhd - Pan International Electronics (M) Sdn Bhd - CMX Electrical Engineering & Industrial Supplies Sdn Bhd - Eastern Printers (BM) Sdn Bhd - Quantum Total Packages Sdn Bhd - UWC Holdings Sdn Bhd - Golden Fresh Sdn Bhd - Straits Technics Sdn Bhd - Kian Joo Can Factory (KJCF) Sdn Bhd - GS Paper Sdn Bhd - Printhouse Alor Setar |
Pameran pula melibatkan pelbagai agensi dan institusi iaitu: - Pameran Bengkel-Bengkel ILPAPNT - Demonstrasi Kimpalan dan Automotif ILP Perai - Pameran Pendidikan TVET (ILP Perai, ILP Kepala Batas, Adtec Kulim, JMTI, IKTBN BM, Perda Tech, Kolej Komuniti Bukit Mertajam) - Demonstarsi solekan Mary Kay - Demonstrasi kraftangan batik dan tudung saji oleh MRTC Paya Semambu |
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.