Akhbar : Harian Metro Timur | Tarikh : 18 Jun 2019
Naik Taraf Graduan TVET
Bachok : Tawaran melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda memberi ruang kepada pelajar lepasan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) menerima pendidikan setara penuntut lain.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar berkata, Tawaran itu dibuat Universiti Malaysia Kelantan (UMK) untuk pemegang diploma TVET di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM).
Katanya, yakin menerusi tawaran itu, imej pelajar TVET akan lebih dipandang tinggi dan mereka juga berpeluang mendapai pekerjaan yang baik seiring kelayakan akademik masing-masing.
"Kerjasama sebegini akhirnya akan membentuk semula keyakinan ibu bapa terhadap program TVET. Kalau dahulu mereka tidak berapa yakin dengan pendikan bidang kemahiran, tapi kini pelajar sudah boleh menyambung pengajian hingga ke peringkat ijazah sarjana muda.
"Cuma kita mahu graduan TVET ini jadi pemula dalam mencipta peluang pekerjaan baharu atau produk berkaitan kemahiran mereka," katanya ketika diremui pada Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara UMK dan JTM di UMK Kampus Bachok di sini, semalam.
Pada majlis itu, Mahfuz menjadi saksi MoU yang ditandatangani Ketua Pengarah JTM, Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar dan Naib Canselor UMK, Prof Dr Noor Azizi Ismail bagi kerjasama tiga tahun.
UMK menjadi universiti ke-5 dalam tempoh dua tahun yang membuat tawaran melanjutkan pengajian selepas empat universiti melakukan demikian melalui Projek Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) terdiri daripada Universiti Malaysia Perlis (UniMap), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP).
Mengulas MoU itu beliau berkata, ia merangkumi kerjasama kedua pihak dalam perkongsian teoritikal, teknikal dan praktikal dalam bidang teknik dan vokasional.
"Antara bidang pengajian yang menjadi tumpuan kita pula ialah pemasaran Internet, sebab kita nak penuhi keperluan industri dalam menghadapi arus Gelombang Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0), katanya.
Mahfuz (tengah) hadir pada Majlis Memorandum Persefahaman antara JTM dan UMK di UMK Kampus Bachok
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.