<< 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39>>

Jamuan Hari Raya dan Hari Deepavali ILPAPNT.

22 Oktober 2009

Satu majlis jamuan Hari Raya dan Deepavali telah diadakan pada 22 Oktober yang lalu bertempat di Dewan Sukan ILPAPNT. Walaupun bulan Syawal telah berlalu, Jamuan Hari Raya tetap diadakan bersama sambutan hari Deepavali sebagai menyambut baik slogan 1 Malaysia.

Kehadiran para jemputan, kakitangan beserta keluarga ILPAPNT serta pelajar telah memeriahkan suasana. Persembahan tradisional tarian India turut diadakan dan nyanyian nasyid mendendangkan lagu Kemaafan. Menu yang dihidangkan ialah nasi minyak, sate, lontong, nasi impit, mee rebus, kambing bakar, kuih muih dan buah-buahan.