<< 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 >>

Ceramah Anti Dadah dan Ujian Dadah.

21 Oktober 2009

Satu ceramah dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) telah diadakan di Dewan Auditorium ILPAPNT. Ceramah yang bertajuk "Penyalahgunaan Dadah Dikalangan Remaja" telah menarik minat pelajar dan kakitangan ILPAPNT untuk menghadirinya.

Selain daripada ceramah, satu pameran dadah turut diadakan di dewan sukan ILPAPNT yang turut mempamerkan jenis-jenis dadah serta bentuk dadah sebelum dan selepas diproses. Ujian air kencing turut diadakan secara rawak kepada pelajar lelaki menggunakan alat ujian dadah.