>1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

Majlis Berbuka Puasa bersama Kakitangan dan Pelajar ILPAPNT.

9 September 2009

Satu majlis berbuka puasa bersama-sama dengan kakitangan dan para pelajar Institut Latihan Perindustrian Nibong Tebal telah diadakan pada minggu ke-3 umat Islam mula berpuasa.

Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Makan ILPAPNT, antara menu yang dihidangkan untuk berbuka puasa ialah nasi minyak, mihun goreng,kuih muih serta buah-buahan tempatan. Tuan Pengarah ILPAPNT, Ir Halim Azhar Bin Hj. Mohd Yatim turut berbuka puasa bersama-sama kakitangan dan pelajar yang lain.