>1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

Hari Keluarga ILPAPNT - Pendang Lake Resort, Kedah.

28 Februari - 1 Mac 2009

Hari keluarga Institut latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal telah diadakan di Pendang Lake Resort, Kedah, pada 28 Februari sehingga 1 Mac yang lalu.Seramai kira-kira 30 orang warga ILPAPNT beserta keluarga mereka telah menyertai hari keluarga anjuran (KSK) Kelab Sukan dan Kebajikan ILPAPNT.

Pemilihan lokasi kali ini telah diputuskan oleh KSK yang bertemakan kehijauan bumi. Berbeza dengan hari keluaga seperti tahun-tahun sebelumnya yang diadakan di taman tema. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan dalam usaha mengeratkan hubungan diantara sesama ahli keluarga dan keluarga yang lain.