1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18

Anugerah Kreatif Multimedia 2009.

20 April 2009

Pada 20 April yang lalu, Bahagian Multimedia Interaktif, Kelab Kebudayaan dan Kelab Fotografi Institut Latihan Perindustrian Nibong Tebal telah mengadakan satu majlis bagi memberi pengiktirafan kepada hasil kerja pelajar ILPAPNT khususnya dari bahagian Multimedia yang telah menghasilkan filem pendek dan animasi.

Majlis Anugerah Kreatif Multimedia ini telah diadakan di Dewan Auditorium ILPAPNT pada jam 2 petang dan berakhir pada jam 5 petang. Selain daripada penyampaian anugerah, majlis turut diserikan dengan persembahan daripada pelajar.