1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18

Bengkel Dunia Produksi Bersama Selebriti Fauzi Nawawi.

23 April 2009

Fauzi Nawawi, pelakon tanah air yang semakin menempa nama, telah sudi meluangkan masa untuk memenuhi jemputan di Institut Latihan Perindustrian Nibong Tebal pada 23 April lalu. Bahagian Multimedia telah menganjurkan Bengkel Dunia Produksi Bersama Selebriti Fauzi Nawawi.

Bengkel tersebut telah diadakan di Dewan Auditorium ILPAPNT sekitar jam 10 pagi, selain daripada Bahagian Multimedia, Kelab Kebudayaan dan Kelab Fotografi ILPAPNT dengan kerjasama Karya Prima Production Sdn Bhd. sama-sama bersetuju mengadakan bengkel ini kepada pelajar ILPAPNT bagi mendedahkan kepada pelajar tentang produksi dunia perfileman.