1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18

Sesi Ceramah Bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

9 Julai 2009

Antara salah satu program pengisian sepanjang minggu Orientasi bagi pelajar baru sesi Julai 2009, satu ceramah telah diadakan dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Ceramah tersebut telah diadakan di Dewan Sukan Institut Latihan Perindustrian Nibong Tebal.

Para pegawai dari AADK telah hadir bersama-sama risalah dan bahan-bahan yang menunjukkan bahaya pengambilan dadah. AADK turut mendedahkan kepada pelajar tentang hukuman yang menanti sekiranya pelajar terjebak dengan najis dadah.