>1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17

Pendaftaran Sesi Julai 2009.

6 Julai 2009

Pendaftaran pelajar baru bagi sesi kemasukkan Julai 2009 telah diadakan pada 6 Julai 2009, bertempat di Aras 2, Bangunan Pentadbiran. Pendaftaran kali ini berbeza dengan yang terdahulu,kerana tidak diadakan di dewan sukan Institut Latihan Perindustrian Nibong Tebal.

Pendaftaran yang mengambil tempat dia sekitar ruang legar CESS (Corporate Employement Support Services) bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar baru tentang fungsi CESS. Kaunter-kaunter pendaftaran pula diletakkan dihadapan Pusat Sumber dan ruang legar CESS dijadikan sebagai tempat menunggu oleh ibubapa sambil melihat risalah-risalah yang telah disediakan.