1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18

Penggambaran Klip Video Kumpulan Exist.

13 Mei 2009

Kumpulan muzik, Exist yang pernah terkenal dengan lagu berjudul " Untukmu IBU" dengan kerjasama Karya Prima Sdn. Bhd dan Bahagian Multimedia Interaktif telah mengadakan sesi penggambaran klip video di Institut Latihan Perindustrian Nibong Tebal.

Tujuan penggambaran klip video ini dilakukan di ILPAPNT ialah untuk mendedahkan kepada pelajar kursus Multimedia tentang cara-cara untuk membuat klip video,dari proses awal hingga akhir. Ini termasuklah cara-cara mengendalikan peralatan penggambaran dan merakam "screenshot" yang terbaik.