1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18

Persembahan Kebudayaan ILPAPNT penuh ceria ...

22 Februari 2007

Tarian kebudayaan masyarakat India merupakan salah satu daripada persembahan yang disertai pelajar-pelajar ILPAPNT. Program anjuran MPP ini telah banyak mencungkil bakat-bakat yang hampir pupus terutamanya apabila disampaikan oleh generasi muda masa kini.

Persembahan penuh warna warni ini juga disertai lain-lain peserta yang telah membuat apresiasi seni mereka mengikut budaya masing-masing. Penyatuan dalam suasana harmoni sebegini menjadi pegangan pelajar dan institut agar dapat belajar dan berdikari di samping mewujudkan integrasi kaum yang sihat.