>1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13

Majlis Menandatangani Program Kerjasama dengan Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) di Hotel Marriot, Putrajaya.

29 Jun 2009

Satu memorandum persefahaman program kerjasama antara Institut dan Percetakan Nasional Malaysia Berhad telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak yang diwakili oleh Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, En. Romli Hj Hassan dan Pengarah Urusan PNMB, Dato' Hj Mohd Habib Hj Jamaldin pada 29hb Jun 2009.

Majlis tersebut telah disaksikan oleh Timbalan Menteri Kementerian Sumber Manusia, Yang Berhormat Senator Dato' Maznah bt. Mazlan dan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Dato' R. Segarajah. Program ini adalah satu program rakan pintar yang mana penumpuan dalam bidang percetakan. Dengan termeterainya memorandum ini, pihak institut akan berupaya untuk meningkatkan lagi qualiti latihan kemahiran seiring dengan kehendak industri.