| >1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 |
![]() |
Kenangan Patriotik Bersama YB Senator Tan Sri Datuk (Dr.) Jins Shamsudin di ILPAPNT Meriah...30 Julai 2007 Satu program pengisian bulan kemerdekaan ke 50 telah diatur iaitu Kenangan Patriotik Bersama Tokoh Perfileman, YB Senator Tan Sri Datuk (Dr.) Jins Shamsudin. Ia berlangsung di Dewan Auditorium Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai dengan meriahnya sebagai mengenang jasa beliau di dalam memperjuangkan filem patriotik di zamannya, antaranya Filem Bukit Kepong yang banyak memberikan impak kepada kesedaran audien yang menontonnya. Ia seterusnya dapat menyemai semangat cintakan tanah air di kalangan semua rakyat amnya, dan pelajar-pelajar ILPAPNT khususnya. Sepanjang majlis ini berlangsung, pameran Bukit Kepong juga dibawa khas dari simpanan Tan Sri Jins sendiri untuk tatapan umum di ruang lobi utama bangunan pentadbiran ILPAPNT selama 3 hari... |
|