Sijil Teknologi Komputer (Rangkaian) Objektif kursus Rangkaian Komputer ialah memberi pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang teknologi rangkaia komputer di mana penekanan lebih tertumpu kepada latihan amali atau praktikal, selain pengetahuan teori dan teknikal bagi membolehkan pelajar-pelajar memperolehi latihan yang lebih mendalam di bengkel dan di industri.
Dengan ini pelajar-pelajar akan lebih berupaya membangun dan menyelenggara sistem rangkaian selain berupaya mengendalikan peralatan dan perkakasan rangkaian yang mudah dan canggih.
Di samping itu juga, kursus Rangkaian Komputer yang dijalankan bagi melahirkan tenaga mahir yang berdaya saing serta meninggikan kemahiran pekerja-pekerja industri bagi membolehkan mereka memberi sumbangan dengan lebih berkesan ke arah pembangunan negara.
Keterangan Kursus/ Subjek Kelayakan
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 17 - 30 tahun.
- SPM atau setaraf dengannya sekurang-kurangnya lulus dalam Matematik/Matematik Tambahan dan Sains/Fizik serta lulus Bahasa Melayu.
Tempoh Latihan
- 1 tahun 9 bulan.
Persijilan
- Akan dianugerahkan Sijil Juruteknik Perindustrian dan Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) mengikut tahap.
|