Peluang Pekerjaan

Permintaan untuk Jurulektrik adalah sangat menggalakkan dan dijangka meningkat pada masa hadapan. Keadaan ini disebabkan kekurangan Jurulektrik di sektor-sektor industri tempatan. Peluang pekerjaan terbuka luas dalam bidang industri yang mana kebanyakkan kilang-kilang masih kekurangan tenaga mahir dalam bidang elektrikal khususnya pendawai elektrik.
       
Dalam sektor industri,skop pekerjaannya adalahjuruteknik yang meliputi kerja-kerja pendawaian,pemasangan dan penyelenggaraan elektrikal.(maintenance technician).Jurulektrik yang berkebolehan dan berpengalaman berpeluang menjadi penyelia atau penilai bagi firma kontrak elektrik. mereka yang mempunyai sijil kelayakan, modal dan kemahiran boleh memulakan perniagaan sendiri dengan kontraktor elektrik.

Selain daripada itu,peluang pekerjaan di Syarikat-syarikat Kontraktor Pendawaiaan Elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga(ST) sangat menggalakkan dan permintaan dalam bidang pendawai elektrik adalah tinggi memandangkan kekurangan tenaga mahir yang ada di negara kita bagi menampung pembangunan indusri negara.

Peluang Melanjutkan Pelajaran


Setelah menamatkan latihan di Institut Latihan Perindustrian (ILP),pelajar-pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) yang menawarkan kursus Diploma Teknologi Eletrik Kuasa dan juga di Universiti Kuala Lumpur(UNIKL) yang menawarkan kursus pada peringkat Ijazah.Terdapat juga Institut Latihan Perindustrian  Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) yang menawarkan kursus kekompetanan Pendawai Elektrik Tiga Fasa (PW4) oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) yang mana pelajar-pelajar berpeluang meningkatkan lagi kekompetenan dalam bidang elektrik.