Sijil Juruelektrik
Kandungan Kursus
Kandungan kursus Jurulektrik terbahagi kepada 3 peringkat sijil :-
- Pendawai Eletrik Fasa Tunggal (Suruhanjaya Tenaga-ST)
- Juruteknik Elektrik Rendah ( MLVK - Tahap 1 )
- Juruteknik Elektrik ( MLVK - Tahap 2 )
Pendawaian Elektrik Fasa Tunggal
Sukatan pelajaran (silibus) bagi Pendawaian Elektrik Fasa Tunggal adalah mengikut keperluan yang dikehendaki oleh Suruhajaya Tenaga seperti berikut:-
Semester 1 , 2 dan 4 - Latihan Amali dan Teori
- Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Akta Suruhanjaya Tenaga 2001
- Peraturan-Peraturan Elektrik 1994
- Malaysian Standard Code of Practice for Electrical Installations of building (MSIEC 60364)
- Pemulihan pernafasan , pertolongan cemas dan rawatan renjatan elektrik.
- Pengetahuan Elektrik Asas
- Pengenalan asas voltan, arus, rintangan, kuasa, aruhan, kapasitan, ulangan dan lain-lain kuantiti yang berkaitan dengan elektrik
- Hukum Ohm
- Sambungan bersiri dan selari
- Formula Kuasa
- Sistem Bekalan Elektrik dan kadaran voltan
- Kabel
- Jenis-jenis kabel, kod warna dan penggunaannya
- Pemilihan kabel yang betul iaitu seperti :-
- Keupayaan membawa arus
- Pengiraan susut voltan
- Faktor pelbagai
- Faktor-faktor pembetulan
- Dan sebagainya
- Jenis-jenis dan penamatan kabel
- Pendawaian
- Permukaan, tertanam, konduit, sesalur dan sebagainya
- Faktor-faktor pemilihan
- Jenis-jenis dan saiz konduit/trunking
- Faktor ruang
- Litar Lampu
- Suis satu hala, suis dua hala, suis perantaraan
- Litar kuasa
- Jejari, gegelung, spur
- Mata penghawa dingin
- Mata pemanas air
- Pengasing
- Jenis-jenis ujian serta turutannya
- Kekutuban, keterusan, penebatan dan sebagainya
- Jenis-jenis alat uji
- Insulation Tester, Herat Resistance Tester, Multimeter, Ring Main Tester, RCB Tester dan alat-alat ujian yang berkaitan dengan pengujian pendawaian elektrik.
- Alat-alat pengukur kuantiti elektrik
- Penggunaan dan prinsip berkerja alat-alat pengukur i.e.Jangkampere,Jangka Voltan, Jangka KWH, Clamp On Tester, Avometer dan sebagainya.
- Perkakas suis dan Papan agihan (SPN)
- Jenis-jenis papan agihan, unit pengguna, bilangan hala dan sebagainya
- Cut Out dan Neutral Link
- Perlindungan litar
- Jenis-jenis fius kerosakan elektrik
- Peranti perlindungan dan penggunaannya
- Jenis-jenis fius, kadaran, kendalian, pengujian
- Jenis-jenis Suis Utama, kadaran arus, kadaran fius
- MCB, kendalian, kadaran arus, pengujian
- MCCB, kendalian, kadaran arus, pengujian
- Pembumian
- Jenis-jenis sistem pembumian, prinsip pembumian, galangan kerosakan ke bumi, pengalir perlindungan, elektrod bumi
- Peranti RCB satu fasa, kendalian dan peraturan yang berkaitan
- Sistem Perlindungan Kilat
- Jenis-jenis dan penggunaan perangkap kilat
- Radas-radas Elektrik
- Prinsip kerja radas-radas elektrik seperti pemanas air, periuk elektrik, loceng elektrik, mesin basuh elektrik dan sebagainya
- Penghidup satu fasa
- Rekabentuk Pepasangan Elektrik
- Pengetahuan simbol elektrik
- Pengetahuan membaca dan melukis gamabarajah skema dan susunatur elektrik
- Kod warna piawai bagi sistem telefon, gas, air dan fire fighting
- Pengiraan beban
- Semester Tiga (03) - Latihan Dalam Loji
Setelah menamatkan latihan di semester satu dan dua,pelajar-pelajar seharusnya boleh melakukan kerja-kerja elektrik sebagaimana yang dipelajari.
Walaubagaimanapun,pelajar-pelajar perlu mendapatkan pendedahan teknologi baru yang terdapat di industri supaya sesuai dengan kemahiran yang diperolehi dari institut disamping memberi keyakinan terhadap bidang kerjaya mereka.
Untuk tujuan di atas dalam Semester Ketiga pelajar-pelajar dihantar mengikuti latihan dalam loji dengan pendawai-pendawai elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga.Ini membolehkan pelajar-pelajar memahami lebih mendalam dan mahir dari aspek amali dan teori yang berkaitan agar dapat memberi keyakinan dan berkompeten terhadap bidang kemahiran yang diceburi.
Untuk keselesaan, para majikan menyediakan pelbagai kativiti-aktiviti mengikut piawai kemahiran yang disediakan untuk membantu memajukan kemahiran pelajar-pelajar dengan lebih sistematik.
Untuk menilai kemajuan latihan, pelajar-pelajar dikehendaki mencatatkan kerja harian mereka pada buku log.Pegawai-pegawai latihan bertanggungjawab memeriksa buku log tersebut dari semasa ke semasa.Latihan ini selama 22 minggu.
- Juruteknik Elektrik Rendah
Dalam bidang pekerjaan,Skop kerja Juruteknik Elektrik Rendah adalah merangkumi kemahiran pengetahuan teori dan amali dalam memasang, menguji, mengesan dan membaiki kerosakan semua pendawaian satu fasa (pendawaian permukaan, tersembunyi/ tertanam, konduit, trunking) , penyambungan aksesori-aksesori/ peralatan-peralatan dan membaca serta memahami pelan-pelan elektrik. Di samping itu juga, beliau juga berkemahiran dalam membantu Juruteknik Elektrik dalam semua kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan elektrik.
Sukatan pelajaran (silibus) bagi Juruteknik Elektrik Rendah adalah mengikut keperluan yang dikehendaki oleh Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang dikeluarkan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) seperti berikut:-
- Modul 1 - Latihan Kemalangan & Keselamatan
- Teknik-teknik dan langkah-langkah asas pertolongan cemas
- Teknik-teknik dan langkah-langkah pencegahan kejutan elektrik
- Latihan Kemalangan & Keselamatan Diri (pekerja)
- Aspek dan peraturan-peraturan kemalangan dan keselamatan di
- Punca-punca kemalangan persekitaran tempat kerja
- Jenis-jenis alat pemadam kebakaran dan cara penggunaannya
- Kaedah mendapatkan permit kerja(tujuan,kebenaran,pemantauan
- Penyediaan dan penyeliaan buku log
- Kaedah dan teknik penyediaan laporan kemalangan tempat kerja
- Modul 2 - Pengetahuan Asas Elektrik
- Pengetahuan litar siri, selari dan siri-selari
- Pengetahuan litar R-C-L
- Penggunaan meter ampere, meter volt, multimeter, meter watt dan Clip On meter dalam pemasangan satu fasa
- Modul 3 - Pengetahuan Lukisan Pendawaian Elektrik Satu Fasa
- Lukisan bentangan, skematik dan pendawaian
- Simbol-simbol lukisan elektrik
- Modul 4 - Pendawaian Permukaan Satu Fasa
- Pemasangan pendawaian permukaan
- Litar lampu, kuasa, pendingin udara, pemanas air, loceng dan pembaz
- Litar turutan kawalan turutan satu fasa
- Aksesori-aksesori dan peralatan-peralatan elektrik
- Pengujian dan pemeriksaan pemasangan
- Uj kesan dan baiki kerosakan pendawaian permukaan satu fasa
- Peraturan-peraturan dan keselamatan mengikut IEE/ST
- Modul 5 - Pendawaian Tersembunyi(concealed) Satu Fasa
- Pemasangan pendawaian tersembunyi
- Teknik-teknik melepa alur pendawaian
- Pengujian dan pemeriksaan pemasangan
- Uji,kesan dan baiki kerosakan pendawaian tersembunyi satu fasa
- Peraturan-peraturan dan keselamatan mengikut IEE/ST
- Modul 6 - Pendawaian Industri Satu Fasa
- Pemasangan pendawaian konduit dan trunking
- Pengujian dan pemeriksaan pendawaian
- Uji,kesan dan baiki kerosakan pendawaian konduit dan trunking
- Peraturan-peraturan dan keselamatan mengikut IEE/ST
- Modul 7 - Pengujian Pendawaian Elektrik Satu Fasa
- Ujian keterusan
- Ujian kekutuban
- Ujian penebatan
- Ujian pembumian
- Ujian litar pintas
- Ujian rintangan gelung rosak ke bumi
- Modul 8 - Pendawaian Domestik Satu Fasa
- Pemasangan dan penyambungan papan agihan satu fasa
- Pemasangan sistem pembumian
- Pemasangan pendawaian rumah contoh
- Modul 9 - Penyelenggaraan Elektrik
- Uji,kesan dan baiki kerosakan penyambungan dan pendawaian elektrik satu fasa
- Uji,kesan dan baiki kerosakan mesin-mesin elektrik satu fasa
- Modul 10 - Mesin Arus Terus (A.T)
- Pemasangan Motor Arus Terus
- Teori mesin arus terus (belitan medan,angker,halaju,daya kilas dan sebagainya)
- Buka,uji,baiki kerosakan mesin arus terus (motor pirau,motor siri,motor majmuk )
- Kenal pasti,pasang,sambung dan uji berbagai mesin arus terus (motor pirau) menggunakan penghidup dan peranti kawalan(suis On/Off tiga punca)
- Pemasangan Penjana Arus Terus
- Teori asas penjana arusterus(belitan,halaju,putaran,kawalan kelajuan dan sebagainya
- Asas membuka dan memasang penjana
- Senggara dan uji gegelung asas medan magnet penjana arus terus
- Menselarikan(paralling) berbagai jenis penjana arus terus secara siri,selari dan majmuk
- Penghidup Motor Arus Terus
- Penghidup dua, tiga dan empat punca
- Pengawal penghidup dan pengawal halaju
Dalam bidang pekerjaan,Skop kerja Juruteknik Elektrik adalah merangkumi kemahiran pengetahuan teori dan amali dalam memasang,menguji,mengesan dan membaiki kerosakan semua pendawaian tiga fasa (pendawaian permukaan, tersembunyi/ tertanam, konduit, trunking), penyambungan aksesori-aksesori/peralatan-peralatan dan membaca serta memahami pelan-pelan elektrik. Di samping itu juga,beliau juga mempunyai pengetahuan dan kemahiran memasang, membaik pulih, mengesan dan menguji kerosakan motor-motor elektrik, kabel-kabel dan sistem pembumian dalam pendawaian elektrik tiga fasa. Selain dari itu, beliau berkemampuan dalam membantu Juruteknik Elektrik Kanan dalam semua kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan elektrik.
Sukatan pelajaran (silibus) bagi Juruteknik Elektrik Rendah adalah mengikut keperluan yang dikehendaki oleh Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang dikeluarkan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) seperti berikut:-
- Modul 1 - Pengetahuan Lukisan Pendawaian Elektrik Tiga Fasa
- Lukisan bentangan,skematik dan pendawaian
- Simbol-simbol lukisan elektrik
- Modul 2 - Sistem Tiga Fasa
- Pengetahuan sambungan star (pengiraan sambunganstar arus, voltan, faktor kuasa dan sebagainya)
- Penyambungan sambungan star,pengukuran arus, voltan, kuasa, faktor kuasa menggunakan meter
- Pengetahuan sambungan delta (pengiraan sambungan delta, arus, voltan, faktor kuasa dan sebagainya)
- Penyambungan sambungan delta,pengukuran arus, voltan, kuasa, faktor kuasa menggunakan meter
- Sistem Tiga Fasa Empat Talian
- Pengetahuan sambungan sistem empat talian (pengiraan
arus, voltan, kuasa, faktor kuasa beban seimbang dan tidak
- Penyambungan sistem tiga fasa empat talian beban rintangan dan pengukuran arus,voltan,kuasa dan faktor kuasa
- Modul 3 - Pendawaian Domestik Tiga Fasa
- Pemasangan pendawaian rumah contoh tiga fasa
- Pendawaian tersembunyi(concealed) tiga fasa
- Teknik-teknik pendawaian
- Pengujian dan pemeriksaanm pemasangan
- Pengujian Pendawaian Elektrik Satu Fasa
- Ujian keterusan
- Ujian kekutuban
- Ujian penebatan
- Ujian pembumian
- Ujian litar pintas
- Ujian rintangan gelung rosak kebumi
- Modul 4 - Pendawaian Industri Satu Fasa
- Pemasangan pendawaian konduit ,trunking dan 'cable tray'
- Pemasangan 'ducting'
- Pemasangan dan pendawaian papan agihan tiga fasa
- Pemasangan sistem pembumian
- Pengujian dan pemeriksaan pendawaian
- Modul 5 - Pemeriksaan,Pengesanan dan Pengujian Kerosakan
- Baik pulih pendawaian tiga fasa dan kerosakan penyambungan
- Baik pulih kerosakan mesin-mesin eletrik tiga fasa
- Baik pulih kerosakan sistem kawalan
- Modul 6 - Motor AC Satu Fasa
- Pemasangan dan pendawaian motor AC satu fasa
- Pengetahuan motor AC satu fasa
- Pemasangan dan pendawaian sistem kawalan motor AC satu fasa
- Modul 7 - Akta dan Peraturan-Peraturan Elektrik
- Peraturan-Peraturan Elektrik 1994
- Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Akta Suruhanjaya Tenaga 2001
- Malaysian Standard Code of Practice for Electrical Installations of
Kursus Juruelektrik menawarkan Sijil Kemahairan Malaysia (Tahap 1 & 2 ) yang mana ianya diperakui oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) dan Kompetenan Pendawai Elektrik Satu Fasa (PW2) yang di keluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga(ST) melalui penilaian dan peperiksaan yang dijalankan selama 2 tahun.Pelajar juga akan di anugerahkan Sijil Juruelektrik Perindustrian yang di tauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM)
Bagi melaksanakan kursus tersebut dengan berkesan,kebanyakkan pensyarah-pensyarah mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang elektrik yang mana ianya meliputi 2-15 tahun pengalaman bekerja(mengajar).Pensyarah-pensyarah juga mempunyai kelayakan dan bertauliah dalam bidang seperti berikut:-
- Juruteknik Elektrik (Level 2 )
- Juruteknik Elektrik Kanan (Level 3)
- Pendawai Satu Fasa (PW 2)
- Pendawai Tiga Fasa (PW 4)
- Penjaga Jentera Elektrik (A0 & A1)
- Diploma Kejuruteraan Elektrik Kuasa
- Diploma Pengajar Latihan Vokasional (Elektrik Kuasa)
- Ijazah Sarjana Muda Elektrikal & Elektronik
Bengkel Jurueletrik dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti berikut:-
- 3 bilik makmal
- 1 bilik makmal ujian
- 1 bilik lukisan
- 1 makmal komputer
- 3 bilik kuliah
- 1 ruang bacaan
- 1 bilik kawalan motor
- Ruang kerja pendawaian industri
- Wiring Bay (ruang kerja domestik)
- Peralatan-peralatan dan bahan-bahan latihan yang terkini
Yang mana ke semua kemudahan latihan yang disediakan mampu menampung keperluan latihan yang dikehendaki dengan lebih sempurna,teratur dan berkesan.
|