Sijil Jurucetak Litografik

 Objektif kursus Jurucetak Lithographic ialah memberi pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan mesin cetak. Ia menjurus kepada  latihan  teori / amali  di samping pengetahuan tentang keselamatan,teknik kawalan mutu cetak ,kaedah penyelenggaraan yang betul dan lain-lain penerangan berkaitan bagi membolehkan pelajar-pelajar mempunyai persediaan sebagai operator mesin cetak.
       
Dengan ini pelajar-pelajar akan lebih bersedia dalam menghadapi segala  masalah   dalam menjalankan mesin cetak  ketika berada di alam kerja sebenar.

       Kursus Jurucetak Lithographic yang dijalankan ini   adalah  bagi melahirkan tenaga mahir yang berdaya saing serta meninggikan kemahiran pekerja-pekerja industri bagi membolehkan mereka memberi sumbangan dengan lebih berkesan kea rah pembangunan negara.