| Sijil Grafik
Objektif kursus Pereka Graphic ialah memberi pengetahuan dan kemahiran dalam rekacipta imej dan penyusunan perkataan / gambar sesuatu bahan untuk di cetak sebelum proses pemindahan imej ke filem . Ia menjurus kepada latihan teori / amali di samping pengetahuan tentang keselamatan,penggunaan komputer serta perisian ( software ) graphic , teknik rekacipta , teknik pengimbasan dan kaedah penyelenggaraan komputer serta kelengkapan lain.
Dengan ini pelajar-pelajar akan lebih bersedia dalam menghadapi segala masalah dalam menyediakan rekaan bahan bercetak yang berkualiti ketika berada di alam kerja sebenar.
Kursus Pereka Graphic yang dijalankan disini adalah bagi melahirkan tenaga mahir yang berdaya saing serta meninggikan kemahiran pekerja-pekerja industri bagi membolehkan mereka memberi sumbangan dengan lebih berkesan ke a rah pembangunan negara.
|