Oleh ILPAPNT Web Team,
ILP Nibong Tebal , Mac 2007

Tarian kebudayaan masyarakat India merupakan salah satu daripada persembahan yang disertai pelajar-pelajar ILPAPNT. Program anjuran MPP ini telah banyak mencungkil bakat-bakat yang hampir pupus terutamanya apabila disampaikan oleh generasi muda masa kini.
Persembahan penuh warna warni ini juga disertai lain-lain peserta yang telah membuat suatu bentuk apresiasi seni mereka mengikut budaya masing-masing. Penyatuan dalam suasana harmoni sebegini menjadi pegangan pelajar dan institut agar dapat belajar dan berdikari di samping mewujudkan integrasi kaum yang sihat.
Kemungkinan besar nanti, kesemua bentuk persembahan kebudayaan ini dapat digabungkan dalam satu presentasi yang lebih menarik yang merangkumi semua nilai-nilai seni masing-masing.