Menteri Kerja Raya lawat ILPAPNT...

Oleh ILPAPNT Web Team,
ILPAPNT Nibong Tebal , 2006

>>Gambar penyampaian cenderahati kepada tetamu VVIP, YB Dato' Seri S Samy Vellu ( tengah ) oleh Pengarah ILPAPNT, Ir. Halim ( kanan ) disaksikan bersama Datuk Dr. Denison Jayasooria ( berdiri kiri )

Penubuhan ILPAPNT, sebagai salah satu cawangan ILP negara merupakan satu langkah positif kerajaan dalam memberikan pendidikan serta latihan dalam industri kepada rakyat.

Pemilihan Nibong Tebal sebagai salah satu lokasi institut ini membolehkan ianya memperluaskan serta membuka ruang bagi penduduk berhampiran khususnya di wilayah utara amnya untuk memilih bidang latihan setelah tamat pembelajaran di peringkat menengah khususnya.

Selaras dengan itu, komitmen pihak-pihak yang tertentu terutamanya dari peringkat atasan mahupun organisasi yang bakal membimbing ILPAPNT ini juga sedikit sebanyak membantu menggalakkan serta menjayakan matlamat kerajaan bagi mengelakkan pengangguran serta memberi peluang melanjutkan pelajaran terutamya bagi menampung keperluan industri kini.

ILPAPNT juga berbangga apabila Menteri Kerja Raya Malaysia, YB Dato' Seri S Samy Vellu telah melakukan lawatan rasmi beliau ke ILPAPNT.

Dalam lawatan tersebut, beliau merasakan rasa berbangga terhadap ILPAPNT serta menaruh harapan tinggi agar keperihatinan kerajaan memberikan kemudahan pendidikan seperti di ILPAPNT ini dapat digunakan sepenuhnya untuk anak bangsa kita.